Projek Solar Hibrid | Sarawak rayu projek diterus & dilengkapkan

2022-09-22 0

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah merayu supaya kerajaan meneruskan dan melengkapkan projek pembekalan solar hibrid di sekolah-sekolah di Sarawak.

Katanya, tidak wajar hak yang sepatutnya dinikmati masyarakat luar bandar Sarawak tergadai oleh kerana isu rasuah seperti yang melibatkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.